Berita Jenayah
Tok siak di Kuala Krai didakwa rogol anak kandung berusia 13 tahun
KOTA BHARU 18 Ogos - Seorang penjaga masjid (siak) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak di sebuah rumah di Kuala Krai pada Ogos 2020.
Menurut laporan Berita Harian, tertuduh berusia 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian yang mana hubungan lelaki dan perempuan tidak dibenarkan mengikut hukum agama dan tidak layak berkahwin.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai jam lebih kurang 10 malam pada 25 Ogos 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun hingga 30 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Taufikrullah Rusli.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan serius dan mangsa adalah anak kandung tertuduh.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 September sebagai tarikh sebulan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
