Berita Jenayah
Kanak-kanak dua tahun cedera dipercayai didera pengasuh di Shah Alam
SHAH ALAM 16 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera selepas dihantar ke rumah pengasuh di Seksyen 16, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 15 Ogos kira-kira jam 12 tengah malam daripada ibu mangsa.
“Siasatan mendapati kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh pada 14 Ogos jam 10 pagi. Namun, sekitar 9.30 malam hari sama, mangsa dihantar pulang dalam keadaan terdapat kesan lebam di muka.
“Ibu mangsa bertanyakan hal itu kepada pengasuh dan dimaklumkan kononnya anak pengasuh bergaduh dengan mangsa. Namun, penjelasan itu tidak dipercayai lalu laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam dan pemeriksaan doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan “Alleged Assaulted Sustained Soft Tissue Injury” di bahagian muka.
Beliau berkata, kes berkenaan turut tular di media sosial melalui akaun Facebook milik individu dikenali sebagai Zehra Zubari dengan catatan tersebut meraih lebih 1,000 tanda suka dan 2,600 perkongsian.
“Bertindak hasil maklumat, pada 17 Ogos jam 11.22 malam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 37 tahun di sebuah pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam.
“Pasangan itu kemudian direman tiga hari bermula 18 Ogos selepas perintah tahanan dikeluarkan Mahkamah Shah Alam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khamsia Hung Mei Shuang di talian 016-8119560. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
