Berita Jenayah
JSJN bongkar stor syabu RM13.6 juta, lima suspek ditahan
SHAH ALAM 20 Ogos – Hasil risikan selama tiga bulan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di Lembah Klang dengan merampas 425.25 kilogram syabu bernilai RM13.6 juta.
Pengarahnya, Datuk Hussein Omar Khan, berkata operasi besar-besaran pada Isnin lalu melibatkan empat serbuan berasingan yang membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 64 tahun.
“Suspek pertama ditangkap di kawasan parkir Bandar Tujuh, Pusat Bandar Puchong dengan rampasan 103.87 kilogram syabu dalam kenderaannya.
“Suspek kedua pula diberkas di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong, manakala pemeriksaan lanjut ke sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong menemui 37.21 gram syabu.
“Serbuan ketiga di sebuah restoran sekitar Bandar Puchong Jaya membawa kepada penahanan dua lagi suspek. Siasatan lanjut ke rumah teres berhampiran menemukan lagi 321.02 kilogram syabu,” katanya pada sidang media, hari ini.
Hussein berkata, suspek kelima yang dipercayai koordinator sindiket berkenaan ditahan di kawasan LRT Sri Petaling.
Menurut beliau, bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum diseludup masuk ke Sabah dan Sarawak, seterusnya dipasarkan ke Kalimantan, Indonesia.
“Kami tidak menolak kemungkinan sindiket ini mempunyai rangkaian dengan kumpulan pengedaran dadah antarabangsa.
“Selain dadah, JSJN turut menyita harta bernilai RM133,350 yang dipercayai hasil kegiatan sindiket tersebut,” ujarnya.
Kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 25 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dengan tidak kurang daripada 13 sebatan, jika sabit kesalahan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
