Berita Jenayah
Myanmar tumpaskan rangkaian seludup dadah ke Malaysia, rampas 17 juta pil perangsang bernilai RM40 juta
PHNOM PENH 23 Ogos – Pihak berkuasa dadah Myanmar berjaya menumpaskan satu rangkaian besar penyeludupan dadah rentas sempadan yang merancang menghantar 17 juta pil perangsang bernilai lebih RM40 juta (AS$10 juta) ke Malaysia melalui laluan laut.
Menurut Bahagian Penguatkuasaan Dadah Myanmar, operasi bersepadu selama sebulan itu melibatkan pelbagai agensi dan membawa kepada penahanan 13 suspek utama, manakala sembilan lagi masih bebas.
Selain pil perangsang, pihak berkuasa turut merampas 1.29 tan methamphetamine, 1.87 tan ketamin serta berjuta-juta tablet dadah. Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti antara yang ditahan.
Laporan The Global New Light of Myanmar mendedahkan sindiket menggunakan modus operandi kompleks, termasuk bot, ladang udang, kenderaan pacuan empat roda berkuasa tinggi dan pelbagai lintasan sempadan bagi mengangkut kargo haram mereka.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek yang ditahan bertanggungjawab mengangkut ke perairan Malaysia dan negeri Rakhine. Mereka mengedar dadah tiga kali dari Yangon ke muara laut dan empat kali dari Kawthaung ke Selat Melaka. Mereka diarahkan menghantar ice (methamphetamine) dari Yangon ke Malaysia melalui laut,” menurut kenyataan bahagian penguatkuasaan itu.
Wilayah pesisir barat Rakhine kini berdepan perang saudara yang memburukkan keadaan ekonomi dan sosial, manakala Kawthaung di selatan Myanmar bersempadan dengan Thailand turut dikenal pasti sebagai laluan transit utama.
Dalam perkembangan berkaitan, agensi berita Antara melaporkan Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Myanmar untuk membendung kemasukan sindiket rentas sempadan ke negara itu.
“BNN telah memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Myanmar, sebuah negara yang dikenali dengan pengeluaran dadah berskala besar di Asia Tenggara,” kata Ketua BNN, Marthinus Hukom, dipetik Antara.
Sementara itu, Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) memberi amaran pada Mei lalu bahawa pengeluaran serta pengedaran methamphetamine di Asia Tenggara meningkat mendadak sejak 2021.
Menurut penganalisis UNODC, Inshik Sim, sindiket kini giat mengeksploitasi laluan baharu untuk mengelak penguatkuasaan.
“Laluan penyeludupan yang menghubungkan Kemboja dengan Myanmar, terutamanya melalui Laos, berkembang pesat. Satu lagi koridor yang semakin penting ialah laluan maritim yang menghubungkan Malaysia, Indonesia dan Filipina, dengan Sabah di Malaysia menjadi hab transit utama,” katanya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
