Berita Jenayah
Dua lelaki ditahan, disiasat akibat hantaran berunsur hasutan dan ugutan di media sosial
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Polis menahan dua lelaki berusia 37 dan 43 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur hasutan dan ugutan di platform X, membabitkan akaun @ChongKahtze dan @IFactoreal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, seorang suspek direman dua hari sehingga esok, manakala seorang lagi direman empat hari sehingga Khamis.
“Hantaran pertama mendakwa Malaysia akan diambil alih golongan ekstremis dan menghadapi revolusi, manakala hantaran kedua melibatkan komen mengenai serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) dan 506 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kumar menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang membuat kenyataan berunsur hasutan, ugutan atau boleh menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian negara. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
