Berita Jenayah
'Mangsa ditemui berlumuran darah bersama rambut palsu perang' - Maknyah maut dibunuh, digilis lori di Ipoh
IPOH 27 Ogos – Polis sedang memburu seorang pemandu lori selepas seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui maut dengan kecederaan parah di kepala dan dada di lorong berhampiran Jalan Horley, Kampung Jawa, awal pagi Rabu.
Mangsa ditemukan pekerja hotel kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan berlumuran darah bersama rambut palsu berwarna perang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada jam 4.24 pagi apabila mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek.
“Mangsa kemudian terjatuh sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian. Berdasarkan maklumat rakaman itu, polis telah mengenal pasti pemilik serta pemandu kenderaan terlibat dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.
Beliau memaklumkan, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan kepala dan dada kesan pelanggaran jalan raya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Mahani Mohammed di talian 019-2618221 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
