Berita Jenayah
Buruh mengaku salah rogol, liwat anak tiri berusia 6 hingga 11 tahun berulang kali
ALOR SETAR 28 Ogos - Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 13 pertuduhan melakukan amang seksual dan rogol ke atas empat anak tiri bawah umur.
Menurut laporan Sinar Harian, lelakki berusia 57 tahun tersebut membuat pengakuan selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini pada Khamis.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan keji itu dilakukan berulang kali terhadap mangsa berusia enam hingga 11 tahun di dua lokasi iaitu di Taman Seri Indah dan di Kampung Suka Menanti antara Disember 2023 hingga Ogos lalu.
Tertuduh berdepan enam pertuduhan serangan seksual fizikal mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Selain itu, dia turut berdepan enam pertuduhan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara serta sebatan.
Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun pada Mei lalu mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 30 tahun serta sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfatin Mastura Asri yang memohon mahkamah agar tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 September depan untuk fakta kes dan menetapkan hukuman kepada tertuduh.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
