Berita Jenayah
Polis buru lelaki curi beg tangan jemaah warga emas di Masjid Ulu Tiram
JOHOR BAHRU 28 Ogos – Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang jemaah wanita warga emas di sebuah masjid di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa berusia 71 tahun berada di dalam masjid berkenaan.
“Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video berdurasi satu minit 34 saat memaparkan seorang lelaki memasuki masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat sebelum menghampiri ruang solat wanita dan melarikan beg tangan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
