Berita Jenayah
Hutang pinjaman bank dipercayai jadi punca guru cuba kelar isteri
GEORGE TOWN 29 Ogos – Bebanan hutang pinjaman bank serta ansuran barangan e-dagang dipercayai menjadi punca pergaduhan rumah tangga sehingga seorang guru lelaki bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun itu membuat pinjaman bank bagi tujuan pelaburan saham selain menanggung ansuran pembelian barangan melalui platform e-dagang.
“Setakat ini, hasil siasatan menunjukkan punca pergaduhan pasangan terbabit adalah disebabkan masalah hutang. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan.
“Dakwaan bahawa suspek mempunyai hutang dengan ahlong tidak benar, sebaliknya semua pinjaman dibuat dengan institusi kewangan yang sah,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Beliau memaklumkan, mangsa berusia 28 tahun kini masih dalam proses pemulihan dan tidak boleh bercakap banyak, namun polis telah mengambil keterangannya semalam.
“Suspek pula masih ditempatkan di Wad Psikiatri Jalan Perak untuk pemeriksaan kesihatan mental,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita nyaris maut selepas ditikam suaminya yang juga seorang guru dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi. Kejadian itu disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya sebelum mendapati menantunya sedang menindih mangsa sambil cuba mengelar leher isterinya. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
