Berita Jenayah
Tiga beranak ditemukan meninggal dunia di Port Dickson
SEREMBAN 31 Ogos – Dua beradik lelaki dan perempuan bersama seorang ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung, Port Dickson, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Hospital Port Dickson pada jam 12.20 tengah malam.
Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa berusia antara 38 hingga 56 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian, dua di ruang tamu dan seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur.
“Hasil siasatan awal mendapati seorang mangsa mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi merupakan orang kurang upaya (sindrom),” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menegaskan, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang tanda pergelutan atau unsur jenayah, selain tiada kesan geledah atau kehilangan barang peribadi dalam rumah berkenaan.
Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
