Berita Jenayah
Polis buru 2 lelaki letup kedai guna bom tangan di Ipoh
IPOH 1 Sept - Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan sehingga merosakkan dua premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.58 pagi daripada seorang wanita berusia 43 tahun.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua lelaki menaiki sebuah motosikal dilihat meletakkan satu objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis berkenaan sebelum beredar.
“Kejadian itu menyebabkan pintu ‘roller shutter’ dan lantai premis rosak, manakala kedai bersebelahan turut mengalami kerosakan kecil pada papan tanda dan dinding,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati bahan letupan digunakan adalah jenis bom tangan pegun atau pyrotechnic flash bang grenade stun.
“Bahan letupan tahap rendah ini bukan bertujuan mencederakan atau membunuh, sebaliknya digunakan untuk menakut-nakutkan serta menyebabkan kerosakan,” jelasnya.
Tambahnya, pemeriksaan dijalankan oleh Unit Siasatan Pasca Letupan (PBI) dan Unit Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan serta Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Al Hakim Al Balkhis di talian 011-1125 6246 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
