Berita Jenayah
Gadis 16 tahun di Seremban dakwa dirogol beramai-ramai
SEREMBAN 2 Sept - Seorang remaja perempuan didakwa menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki selepas dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui dalam kejadian pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 3.21 pagi pada Sabtu.
"Mangsa yang berusia 16 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Senawang dengan mendakwa dirinya dirogol sekumpulan lelaki.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu jam lebih kurang 8 malam di sebuah pusat karaoke di Senawang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamad Hatta berkata, sebelum kejadian mangsa telah meminta bantuan seorang lelaki yang baru dikenali melalui aplikasi Leo untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas mengunjungi pusat hiburan keluarga berkenaan.
Bagaimanapun katanya, mangsa telah dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui dan dirogol secara berkumpulan.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk pemeriksaan lanjut.
"Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap empat suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun pada hari ini di kediaman mereka di kawasan sekitar Seremban,"katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
