Berita Jenayah
Lelaki ditahan kurang 24 jam selepas pecah rumah di Simpang Renggam
KLUANG 2 Sept. – Polis berjaya menahan seorang lelaki kurang daripada 24 jam selepas melakukan pecah rumah di Taman Impian 2, Simpang Renggam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 5.50 petang.
“Hasil tindakan pantas, polis berjaya memberkas suspek di Taman ND Yassin, Simpang Renggam pada jam 10 malam hari sama.
“Suspek berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dengan bantuan anggota Balai Polis Simpang Renggam,” katanya dalam kenyataan.
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Bahrin berkata, suspek direman tiga hari bermula Ahad hingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 atau 014-3656822 (tablet DCC). - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
