Berita Jenayah
Polis tahan dua lelaki terlibat kes hasutan dan ugutan jenayah di media sosial
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Polis menahan dua lelaki tempatan berhubung dua kes berasingan membabitkan unsur hasutan, ugutan jenayah serta dakwaan tidak benar yang tular di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, kes pertama melibatkan hantaran akaun TikTok Mohd Soie (@Mohd.Soie3) yang mengandungi unsur hasutan serta penghinaan terhadap kerajaan.
“Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seorang lelaki berusia 45 tahun telah ditahan,” katanya dalam kenyataan.
Kes kedua pula membabitkan komen di akaun Facebook MdJohan Ngadin yang berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Polis memberi amaran tegas bahawa mana-mana individu yang sengaja membuat, memuat naik, berkongsi atau menyebarkan hantaran tidak benar yang boleh menggugat keharmonian masyarakat akan berdepan tindakan tanpa kompromi. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
