Berita Jenayah
Polis siasat kes curi beg di masjid Kota Tinggi
KOTA TINGGI 8 Sept. – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes kecurian yang berlaku di Masjid Jamek As-Sharif, Felda Pasir Raja pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.19 malam selain mengesan rakaman video yang tular di aplikasi TikTok menerusi akaun AfiqAziz28.
“Selain daripada laporan polis yang dibuat seorang wanita pada jam 8.19 malam, polis juga mengambil maklum video yang memaparkan insiden kecurian beg di masjid tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Mohd Kamal Wan Abas di talian 013-2624774, hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi hotline IPD Kota Tinggi di 07-8831222. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
