Berita Jenayah
Polis siasat mesej ugutan terhadap fasiliti LNG Petronas di Bintulu
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menyiasat mesej ugutan yang diterima berhubung ancaman terhadap fasiliti gas asli cecair (LNG) milik Petronas di Bintulu, Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan awal mendapati ugutan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya mensasarkan kemudahan strategik itu.
“Kami masih mengenal pasti pihak yang menghantar ugutan berkenaan. Dari sudut keselamatan pula, kawalan di kawasan terbabit dipertingkatkan bagi memastikan operasi tidak terjejas dan tiada ancaman berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (Nafsle) 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia, hari ini.
Semalam, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta susulan laporan ugutan itu.
Menurut MKN, langkah berkenaan dilaksanakan untuk memberi ruang kepada siasatan rapi dijalankan di samping menjamin keselamatan fasiliti strategik negara. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
