Berita Politik
'Kalau gagal laksana kewajipan, masuk neraka' - Abdul Hadi akui tak layak jadi PM
ALOR SETAR 15 Sept - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia dan kesihatan.
Beliau berkata, berpandukan rujukan al-Quran, pemimpin perlu dipilih berdasarkan ilmu, integriti dan kesihatan tubuh badan.
“Saya sudah 78 tahun, orang macam saya tak layak dah. Pilih yang paling sihat dulu, orang yang berusia bawah 70 tahun lebih gagah untuk memimpin. Itu cara Pas memilih pemimpin,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Isnin.
Abdul Hadi berkata, Pas bersedia memimpin negara dengan syarat parti itu terlebih dahulu berjaya memenangi pilihan raya.
“Soal siapa bakal Perdana Menteri akan ditentukan secara dalaman dalam Perikatan Nasional (PN). Keutamaan kita ialah menang pilihan raya dahulu.
“Perdana Menteri perlu memimpin secara kolektif, bukan secara diktator. Sebab itu kita perlukan kabinet yang melibatkan semua kalangan rakyat, bukan sahaja ahli politik tetapi juga teknokrat. Kita juga perlu mengambil kira penyertaan semua kaum dalam kabinet bagi merakyatkan pemerintahan,” katanya.
Menurutnya, Pas memiliki ramai calon berpotensi untuk diketengahkan memimpin negara dalam pelbagai bidang sama ada politik mahupun akademik.
“Kita diajar oleh Islam bahawa tanggungjawab pemimpin adalah satu amanah daripada Allah SWT. Kalau laksanakan kewajipan dengan baik dapat pahala, kalau tidak tunaikan, masuk neraka.
“Sebab itu ramai orang takut jadi pemimpin, terpaksalah kita yang tentukan siapa yang jadi pemimpin,” katanya.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 12:32 pm
3 perkara penting tentang PRN Johor 2026 yang pengundi perlu tahu
June 23, 2026, 11:02 am
Pejuang sertai Perikatan Nasional demi kukuhkan perpaduan politik Melayu - Mukhriz
June 19, 2026, 12:43 pm
PAS disaran keluar PN secara sukarela, bentuk gabungan politik baharu - Tun Faisal
June 18, 2026, 10:15 pm
PRN Johor: DAP pertaruh peguam wanita muka baharu pertahan DUN Mengkibol
June 18, 2026, 6:50 am
PN rombak pentadbiran serta-merta, Sanusi kembali jadi Ketua Pengarah Pilihan Raya
June 16, 2026, 10:14 am
PRN Johor: BERSATU gerak jentera tanpa tunggu PAS, Tun Faisal gesa PAS usah guna jenama PN
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
