Berita Politik
'Bergaduh macam suami isteri dalam satu rumah' – ADUN Kota Siputeh beri isyarat hubungan Bersatu dan Pas masih ‘satu bumbung’
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 25 Jun – Satu kenyataan daripada kumpulan pemimpin muda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menzahirkan isyarat ke arah usaha membina semula hubungan bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Perikatan Nasional.
Adun Kota Siputeh, YB Ashraf Mustaqim berkata isu tersebut baginya telah selesai.
"Kami wakil pemuda mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas tanggungjawabnya menandatangani watikah kepada semua calon PN tak kira dari mana-mana parti," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas perananan beliau mengurus kerjasama antara parti.
“Ini adalah satu langkah permulaan untuk kita bina kembali hubungan, kita kena asuh diri kita sama-sama untuk lebih bersabar,” kata beliau dalam sidang media.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai isyarat awal kepada usaha merapatkan semula hubungan antara Bersatu dan PAS dalam PN, yang sebelum ini sering menjadi perhatian akibat perbezaan strategi politik di peringkat akar umbi.
Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan bahawa fokus utama perjuangan perlu kembali kepada penentuan “siapa lawan” dan keutamaan dalam gerakan politik semasa.
“Balik kepada agenda lebih utama. Kenali siapakah lawan kita, siapa yang kita nak utamakan untuk kita bawa perjuangan dan siapa yang sebenarnya kita sanggah,” katanya.
Beliau menambah bahawa fokus sepatutnya diberikan kepada pihak yang membawa kerosakan dan kegagalan dalam pentadbiran semasa, bukan perbalahan sesama sendiri.
“Kalau tiap-tiap hari bantai Bersatu, yang hairan Bersatu ni bukan kerajaan,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut memberikan analogi hubungan dalam situasi konflik sebagai gambaran kepada keadaan semasa, yang menurutnya masih berada dalam satu ruang yang sama walaupun terdapat perbezaan.
“Dia bergaduh-gaduh, contoh macam suami isteri, dia pun masih tidur kat ruang tamu.
"Kita doalah insyaallah boleh tidur dalam bilik balik sama-sama semua," tambahnya.
Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat bahawa usaha merapatkan kembali hubungan dalam gabungan masih terbuka, dengan penekanan kepada kesatuan dan kestabilan dalam Perikatan Nasional.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
