Berita Politik
PRN Johor: DAP pertaruh peguam wanita muka baharu pertahan DUN Mengkibol
KLUANG, 18 Jun – DAP mempertaruhkan peguam wanita, Chu Poh Yee, 33, sebagai calon baharu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai ini.
Chu merupakan calon pertama diumumkan DAP bagi pilihan raya berkenaan dan akan menggantikan penyandang dua penggal, Chew Chong Sin, yang dijangka diberi tanggungjawab lebih besar sebagai calon Parlimen Labis pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu majlis di sini malam tadi.
Loke dalam ucapannya menegaskan, pemilihan calon baharu bagi kerusi DUN Mengkibol tidak bermaksud parti itu mahu mengetepikan atau menyingkirkan penyandang sedia ada.
"Saya tahu apabila saya kata ada calon baharu mungkin ramai yang salah faham kerana mereka tertanya-tanya adakah penyandang digugurkan?
"Saya tahu bahawa Chong Sin telah pun berkhidmat di DUN Mengkolibol sejak 2018. Dalam lapan tahun atau dua penggal, sebagai ADUN beliau menunjukkan prestasi cukup baik kepada rakyat.
"Kita bukan mahu menggantinya tetapi beliau akan ditugaskan dengan satu tanggungjawab lebih besar yang mana akan diletakkan sebagai calon di Parlimen Labis," katanya.
Menurut beliau, pertukaran calon pada pilihan raya kali ini turut mencerminkan komitmen DAP dalam memberi peluang lebih luas kepada golongan wanita untuk tampil berkhidmat kepada rakyat.
"Kita merasakan calon baharu yang diketengahkan ini berkualiti dari segi pendidikan, penguasaan bahasa dan mempunyai latar belakang akademik.
"Beliau adalah anak tempatan dan ini adalah calon pertama daripada DAP. Kita (DAP) akan umumkan calon secara berperingkat.
"Termasuklah pada Sabtu ini saya akan ke Johor Bahru untuk mengumumkan beberapa lagi calon terutama di kawasan Johor Jaya," katanya.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
