Berita Berita
Banjir, tanah runtuh, Sabah batal sambutan Hari Malaysia esok

KOTA KINABALU 15 Sept - Kerajaan Sabah membatalkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka esok, berikutan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda sekurang-kurangnya tujuh daerah di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta keperluan mendesak untuk menyalurkan semua sumber bagi membantu mangsa terjejas.
“Keutamaan segera kerajaan negeri adalah mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas. Dalam waktu sukar ini, kebajikan dan keselamatan rakyat adalah yang paling utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hajiji, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) diarahkan kekal bersiap siaga berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan dan memberi kerjasama kepada pasukan penyelamat.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew yang juga Pengerusi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri, mengesahkan pembatalan berkenaan.
“Keadaan cuaca tidak menentu ketika ini memaksa kita membatalkan acara sambutan pada 16 September di Padang Merdeka. Diharap orang awam sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, mencadangkan agar sambutan dibatalkan demi menumpukan usaha membantu mangsa bencana.
Setakat tengah hari ini, lima daerah – Beaufort, Penampang, Membakut, Papar dan Putatan – diisytihar banjir dengan ratusan mangsa dipindahkan. Di Beaufort dan Penampang sahaja, seramai 369 orang sudah ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Selain banjir, beberapa kawasan turut berdepan tanah runtuh, termasuk di sepanjang Jalan Penampang–Tambunan yang menyebabkan tumbangnya menara talian elektrik 275kV hingga menjejaskan bekalan di pantai timur Sabah.
Di Kolombong pula, sebuah rumah ranah ditimbus tanah runtuh, mengorbankan tujuh mangsa daripada sembilan sekeluarga, manakala dua lagi berjaya diselamatkan penduduk.
l
Berita berkaitan
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
September 15, 2025, 6:53 pm
JPJ buka bidaan nombor pendaftaran ‘GM’ sempena Hari Malaysia
September 15, 2025, 6:23 pm