TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pertikaian kebumi jenazah: Pihak masjid tidak akan beri penjelasan, tunggu kenyataan rasmi JAIS

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan pertikaian dalam urusan pengurusan dan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana yang tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan wakil Pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam yang menjelaskan semua penjelasan berkaitan insiden berkenaan telah diserahkan kepada JAIS untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihak masjid tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan perkara itu kini dalam perhatian JAIS.

“Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak JAIS untuk memberikan penjelasan rasmi,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan berlaku pertikaian dalam urusan pengurusan jenazah sehingga menyebabkan proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana tertangguh lebih sejam.

Menerusi hantaran tular itu, sebuah badan kebajikan mendakwa telah menguruskan jenazah berkenaan atas permintaan waris sebelum timbul isu berkaitan permit pengebumian serta dakwaan caj RM1,400 yang dikatakan dikenakan pihak pengurusan masjid.

Hantaran sama turut mendakwa urusan pengebumian hanya dapat diteruskan selepas wakil pengurusan masjid hadir di tanah perkuburan tersebut.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan belum disahkan dan pihak media masih mendapatkan maklum balas serta penjelasan lanjut daripada JAIS berhubung insiden tersebut.

+ - reset