TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik nelayan perkosa sepupu 9 tahun dalam blik, stor di Tangkak

By
|
Kongsi
image

 

 

MUAR 8 Dis – Dua beradik nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuan mereka berusia sembilan tahun dalam kejadian lima tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo Online, kedua-duanya yang kini berusia 18 dan 25 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron. Abang berdepan dua pertuduhan manakala adiknya berdepan tiga pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah stor serta bilik di sebuah rumah di Tangkak antara hujung Mac hingga November dan awal Disember 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan bagi setiap kesalahan.

Berdasarkan laporan, mangsa dibawa ke stor berkenaan sebelum kedua-dua tertuduh menyuruhnya melakukan perbuatan keji. Mereka turut mengugut mangsa supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada ibu bapanya.

Tidak tahan dengan tekanan yang dialami, mangsa akhirnya mendedahkan kejadian tersebut sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Mati, Tangkak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 terhadap abang dan RM9,000 terhadap adiknya, masing-masing dengan seorang penjamin. Kedua-duanya turut diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Februari depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

+ - reset