TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Janin 25 minggu ditemukan dalam lori sampah di Bukit Jalil

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Dis – Janin bayi yang ditemukan dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil semalam dianggarkan berusia sekitar 25 minggu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, setakat ini polis telah merekod keterangan empat individu bagi membantu siasatan.

“Keadaan tubuh badan janin semasa ditemui menunjukkan kecederaan pada bahagian perut, tengkorak pecah dan tali pusat putus.

“Penemuan itu disedari pekerja syarikat pengurusan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.51 tengah hari Khamis.

Janin lelaki berukuran kira-kira 35 sentimeter itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Elfi, di talian 011-1004 8773 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di 03-9284 5050, Polis Kontinjen Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan.

+ - reset