Berita Berita
Ustaz 'hentak' kepala pelajar madrasah guna topi keledar digantung tugas
KOTA KINABALU 18 Dis – Seorang lelaki yang jufa ustaz sebuah pusat madrasah di sini yang tular di media sosial kerana memukul sekumpulan pelajar menggunakan topi keledar digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya telah melawat lokasi kejadian dan mengambil laporan penuh berhubung insiden berkenaan.
Menurutnya, madrasah terbabit merupakan institusi swasta namun berdaftar dengan JHEAINS selepas memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan dalam proses pendaftaran.
"Apabila didapati isu ini tular dan pasukan JHEAINS telah melawat serta mengambil laporan, satu perkara yang kita ambil berat ialah kapasiti guru berkenaan yang telah mengasari pelajar supaya kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.
"Pertama, guru ini telah kita nasihatkan supaya digantung daripada tugas berkenaan dan ahli lembaga telah memutuskan untuk menggantung tugas guru tersebut buat sementara waktu sehingga siasatan selesai," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai perkembangan kes tersebut semasa sidang akhbar pengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama dan Sijil Menengah Ugama Tahun 2025 di Wisma MUIS, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes berkenaan.
"Kita menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan. Jadi, kita tunggu bagaimana hasil siasatan polis itu," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan pelajar yang terlibat, beliau memaklumkan kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikembalikan kepada keluarga masing-masing.
"Kumpulan pelajar tersebut seramai 13 orang berusia 18 tahun ke atas dan saya dimaklumkan mereka telah mendapat rawatan daripada pihak kesihatan serta telah pun dikembalikan kepada keluarga masing-masing," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa sebarang tindakan terhadap pelajar, khususnya yang melibatkan masalah disiplin, perlu dilakukan secara berhemah.
"Kalau kita mendidik anak-anak ini dan sekiranya ada kesalahan, terutama berkaitan disiplin, ikut tatacara mendidik yang betul tanpa mengasari secara berlebihan.
"Kita tahu pelajar sekarang makin ramai yang nakal, tetapi cara mendidiknya bukan dengan memukul atau menyepak kerana itu semua bukan satu kaedah yang terbaik," nasihatnya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:05 pm
Budak 3 tahun lebam mata ditumbuk anak pengasuh berusia 18 tahun di Batu Muda
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
