TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 3 tahun lebam mata ditumbuk anak pengasuh berusia 18 tahun di Batu Muda

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Dis - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lebam mata kiri didakwa dipukul anak kepada pengasuhnya di sebuah rumah di Batu Muda, di sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari pada 4.30 petang selepas ibu mangsa datang untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh berkenaan.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit kemudian membawa anak mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Suspek adalah remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak terbabit.

"Usaha mengesan dan menahan suspek sedang dijalankan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

+ - reset