Berita Berita
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
REMBAU 18 Dis - Mayat yang belum dikenalpasti ditemui di belakang sebuah rumah yang tidak didiami dekat Kampung Batu 4, Pedas, di sini, hari ini.
Penemuan berkenaan dipercayai susulan satu laporan orang hilang yang dibuat seorang individu.
Wartawan yang berada di lokasi mendapati pihak polis terutama daripada Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di rumah yang dikatakan tidak didiami sejak dua tahun lalu.
Kelihatan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Idzam Jaafar dan Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain.
Kira-kira jam 12 tengah hari, pihak polis membawa keluar satu bungkusan hitam dipercayai berisi mayat menggunakan pengusung sebelum diletakkan di dalam satu kenderaan dan beredar.
Idzam ketika ditemui memaklumkan akan memberi maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:05 pm
Budak 3 tahun lebam mata ditumbuk anak pengasuh berusia 18 tahun di Batu Muda
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
