Berita Jenayah
Geng Logan tumpas, tiga suspek pecah rumah ditahan di Melaka Tengah
MELAKA 24 Dis – Polis menahan tiga suspek termasuk seorang daripadanya mempunyai 20 rekod kesalahan lampau, disyaki terbabit dalam 10 kes pecah rumah di daerah Melaka Tengah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki berusia 33 dan 29 tahun serta seorang wanita berusia 24 tahun yang dikenali sebagai ‘Geng Logan’.
Menurutnya, kesemua suspek ditahan secara berasingan di sebuah kedai barang antik di Jalan Munshi serta di Lorong Mangga pada 15 Disember lalu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang dijalankan selama beberapa bulan.
“Dua suspek lelaki merupakan adik-beradik, manakala suspek wanita adalah teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.
“Dalam serbuan tersebut, polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil jenayah antaranya plat emas, wang syiling lama pelbagai mata wang, telefon bimbit pelbagai model, sebuah komputer riba, iPad, jam tangan pelbagai jenama, sarung tangan, sarung kepala, pemotong besi, lampu suluh serta sebilah pisau,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah, manakala dua suspek lain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga 29 Disember 2025 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Jika kesalahan itu melibatkan perbuatan mencuri, hukuman penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan segera diambil demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Berita berkaitan
August 21, 2026, 5:26 pm
Inspektor antara 10 anggota PGA ditahan kes peras ugut kilang sisa elektronik di Tasek Gelugor
August 21, 2026, 10:12 am
Cuak kena serbu, pengedar dadah cederakan polis guna parang
August 20, 2026, 2:35 pm
Lelaki ditahan pukul anak kucing guna penyapu aluminium di Batu Gajah
August 20, 2026, 11:32 am
Polis Johor buka 3 kertas siasatan isu pasang bendera terbalik, 5 individu ditahan
August 14, 2026, 11:29 am
Polis buru wanita berpurdah, rakan larikan gelang emas RM16,000
August 14, 2026, 11:18 am
Lelaki cedera parah ditetak parang, kumpulan merusuh dikesan guna objek menyerupai pistol
August 11, 2026, 11:26 am
Lelaki tempatan ditemui mati dibunuh di kebun kelapa sawit Banting, lapan ditahan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
