Berita Jenayah
Sindiket edar syabu RM1.56 juta tumpas di Lebuh Raya Utara–Selatan
SEREMBAN 19 Feb – Satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan rampasan syabu bernilai RM1.56 juta dalam operasi bersepadu di Kilometer 236.9 Lebuh Raya Utara–Selatan arah selatan baru-baru ini.
Operasi itu hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Rembau dengan bantuan Pasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Polis Diraja Malaysia.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata, dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga rakan sejak sekolah ditahan kira-kira pukul 3 petang ketika menaiki kereta sewa jenis Perodua Bezza.
“Hasil pemeriksaan di bahagian but kenderaan menemukan 30 bungkusan berisi syabu seberat 30,601 gram.
“Dadah itu dibungkus menggunakan pembungkusan teh Cina bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.
Menurut beliau, jumlah rampasan itu dipercayai boleh dibekalkan kepada kira-kira 30,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.
Siasatan awal mendapati sindiket tersebut aktif sejak tahun lalu dan suspek dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dengan membawa bekalan dari Puchong, Selangor untuk diedarkan ke kawasan selatan.
“Suspek pertama mempunyai dua rekod kes dadah dan satu kes jenayah, manakala suspek kedua mempunyai empat rekod dadah dan satu rekod jenayah. Kedua-duanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor turut didapati positif methamphetamine,” katanya.
Berita berkaitan
April 14, 2026, 10:12 am
Polis cari pemandu bas ekspres riba wanita ketika memandu
April 10, 2026, 11:52 am
Pemandu Myvi mabuk rempuh motosikal bawa kanak-kanak di Johor Bahru
April 10, 2026, 11:33 am
Lelaki cedera ditetak abang kandung guna parang di Johol
April 10, 2026, 9:26 am
Dua samun bersenjata dalam 24 jam di Nilai, polis buru lima lelaki
April 9, 2026, 2:03 pm
Op Hazard 3.0: 1.4 juta kg e-waste dirampas, 56 warga asing ditahan
April 9, 2026, 1:52 pm
Warga Korea dikehendaki kes penipuan RM9.4 juta ditahan di Horizon Hills
April 9, 2026, 10:36 am
Lelaki mengamuk libas pisau ke arah polis ditahan di Telok Mengkuang
April 3, 2026, 6:25 pm
