Berita Jenayah
Lelaki curi pakaian dalam sejak sebulan lalu ditahan polis
TANGKAK 10 Feb – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian pakaian dalam sejak bulan lalu akhirnya ditahan, awal pagi semalam.
Suspek berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 pagi dan dipercayai mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, berkata penahanan dibuat selepas polis menerima maklumat awam dan menjalankan intipan di sebuah kawasan perumahan di daerah ini.
Menurut beliau, perbuatan suspek sebelum ini turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa dan rakaman berkenaan tular di media sosial.
“Polis menerima makluman berhubung satu video tular memaparkan seorang lelaki menceroboh masuk ke sebuah rumah dan mencuri barangan.
“Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang individu dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki empat rekod lampau, termasuk dua kes berkaitan dadah.
Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
