Berita Jenayah
Lelaki menyamar wanita pecah masuk rumah sewa pelajar di Seksyen 7
SHAH ALAM 19 Feb – Taktik licik seorang lelaki menyamar sebagai wanita termasuk bertudung untuk memecah masuk rumah sewa pelajar universiti awam di Seksyen 7, di sini terbongkar selepas aksinya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.26 pagi semalam ketika ketiadaan penghuni kediaman berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 6.30 petang hari sama oleh seorang penyewa wanita berusia lingkungan 20-an yang baru pulang dari kampung.
Menurut beliau, mangsa yang juga pelajar sebuah universiti awam tempatan mendapati pintu utama rumah terbuka dan keadaan dalam kediaman berselerak sebelum membuat laporan polis pada pukul 7.20 malam.
“Tiada sebarang kerugian atau kehilangan barang berharga dilaporkan.
“Hasil rakaman CCTV memaparkan suspek cuba menyamar dengan berpakaian wanita seperti bertudung dan membawa beg tangan bagi mengelakkan perbuatannya disyaki penghuni lain di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, suspek kini sedang giat dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
“Orang ramai khususnya penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan memaklumkan kepada jiran atau pihak polis sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti.
“Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
