Berita Jenayah
Polis buru suspek curi motosikal di Residensi Adelia, Bangi
BANGI 26 Feb – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian sebuah motosikal di parkir kenderaan Residensi Adelia, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan motosikal jenis Honda NSS250A itu kira-kira jam 1.35 pagi.
“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang bangsanya tidak dapat dipastikan dipercayai melakukan perbuatan tersebut.
“Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, Naazron menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kecurian motosikal.
“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 atau pegawai penyiasat, Sarjan R. Ganesan di talian 012-6089180,” ujarnya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
