Berita Berita
Penumpang tersepit tahan sakit tiga jam, 15 cedera nahas bas ekspres, lori di laluan Sungai Buaya-Rawang
KUALA LUMPUR 11 Jan - Kemalangan sebuah bas ekspres dan lori tiga tan dilaporkan di Kilometer 441.2 arah selatan antara laluan Sungai Buaya ke Rawang menyebabkan kesesakan trafik dianggarkan lebih tujuh kilometer.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), memaklumkan 15 cedera dalam nahas berkenaan, termasuk tiga parah.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi nahas jam 5.51 pagi.
"Sebaik tiba, didapati kemalangan sebuah bas ekpres membawa 40 penumpang dan dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dengan selamat, manakala empat mangsa tersepit di dalam bas.
"Pemandu lori berkenaan turut terperangkap di dalam lori," katanya ketika dihubungi dan menambah semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan lapan dirawat di zon hijau, empat di zon kuning dan tiga lagi di zon merah.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya berdepan kesukaran semasa operasi mengeluarkan penumpang bas lelaki berusia lingkungan 50-an berikutan struktur pembahagi jalan menghimpit kaki mangsa yang kemudian berjaya dikeluarkan pada 8.53 pagi.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi media sosial X, memaklumkan semua laluan arah selatan masih terhalang, manakala lorong kanan dan tengah arah utara masih ditutup setakat 9.23 pagi tadi.
"Keadaan trafik arah selatan dilaporkan sesak sejauh lima kilometer (km) dan arah utara perlahan tiga km," menurut hantaran itu.
Pengguna lebuh raya dinasihat merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif dengan kenderaan berat disaran keluar di Plaza Tol Bukit Beruntung manakala kenderaan ringan keluar di Plaza Tol Sungai Buaya.
Berikutan kemalangan itu juga laluan kontra telah diaktifkan.
Terdahulu, PLUS Malaysia dalam hantaran di Facebook melaporkan maklumat awal nahas berkenaan diterima jam 5.20 pagi tadi yang menyaksikan semua lorong terhalang.
Berita berkaitan
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
'Wakil rakyat boleh cuba duduk sebelah ladang babi, rasai pengalaman sebenar penduduk' - Sultan Selangor
January 11, 2026, 11:58 am
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
January 11, 2026, 8:07 am
'Enough is enough' - Akmal Saleh gesa wajibkan saringan harta sebelum pelantikan jawatan tinggi
January 10, 2026, 4:20 pm
SPRM sita 23 jam tangan Rolex bernilai RM2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD
January 10, 2026, 2:09 pm
20 pegawai TUDM sah terlibat budaya Yeye', bakal berdepan tindakan tegas
January 10, 2026, 1:22 pm
