TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

20 pegawai TUDM sah terlibat budaya Yeye', bakal berdepan tindakan tegas

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Jan - Identiti 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan budaya 'Yeye' kini telah dikenal pasti melalui siasatan dalaman.

Penemuan ini susulan daripada video tular di media sosial yang mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat baru-baru ini.

Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, menegaskan bahawa tiada ruang kompromi bagi mana-mana pihak yang mencemarkan imej pasukan dengan melanggar peraturan sedia ada.

Menurut Datuk Seri Muhamad Norazlan, tindakan tegas menanti semua individu yang terlibat bagi memastikan disiplin ketenteraan kekal terpelihara.

"Siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral ini.

 "TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan ATM," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa amalan sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip pasukan.

 "Budaya tidak sihat seperti kegiatan 'Yeye' itu bukan suatu amalan dalam TUDM dan pucuk pimpinan kesal terhadap kejadian yang berlaku.

 "Pucuk pimpinan TUDM menzahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan diambil tindakan sewajarnya.

"Kita memandang serius sebarang perlanggaran terhadap perintah, direktif dan peraturan serta tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi," katanya.

Kronologi Siasatan

Isu ini mula mendapat perhatian pada 5 Januari lalu apabila Kementerian Pertahanan memberikan reaksi segera terhadap dakwaan pencerobohan individu luar dan aktiviti tidak bermoral di dalam kawasan kem.


 * 5 Januari: Kementerian Pertahanan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh.
 * Pendirian Kementerian: Menegaskan bahawa dakwaan tersebut langsung tidak mencerminkan budaya, nilai, dan amalan sebenar ATM yang berpaksikan disiplin serta profesionalisme yang tinggi.
 * Tindakan Lanjut: Memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan di setiap premis ketenteraan.
 

 

+ - reset