Berita Berita
SPRM sita 23 jam tangan Rolex bernilai RM2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD
SHAH ALAM 10 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) di sebuah negeri di pantai timur pada Sabtu.
Menurut sumber, penggeledahan yang dibuat menjumpai dua bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut.
“Hasil pemeriksaan menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta,” katanya dalam laporan Sinar Harian.
Tambah sumber, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bekas PTD yang disiasat dalam kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat direman tujuh hari bermula 8 Januari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Selain itu, seorang daripada isterinya yang turut ditahan SPRM pula direman enam hari, manakala seorang lagi isterinya direman tiga hari.
Pada Jumaat, media melaporkan SPRM telah menyita wang tunai, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan emas kira-kira RM6.9 juta melibatkan kes terbabit.
Sumber dilaporkan berkata, wang tunai yang disita itu meliputi nilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (ASD), Euro, Pound, Yen (Jepun), dan Riyal (Arab Saudi).
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.
Pada 23 Disember lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Berita berkaitan
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
'Wakil rakyat boleh cuba duduk sebelah ladang babi, rasai pengalaman sebenar penduduk' - Sultan Selangor
January 11, 2026, 11:58 am
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
January 11, 2026, 11:37 am
Penumpang tersepit tahan sakit tiga jam, 15 cedera nahas bas ekspres, lori di laluan Sungai Buaya-Rawang
January 11, 2026, 8:07 am
'Enough is enough' - Akmal Saleh gesa wajibkan saringan harta sebelum pelantikan jawatan tinggi
January 10, 2026, 2:09 pm
20 pegawai TUDM sah terlibat budaya Yeye', bakal berdepan tindakan tegas
January 10, 2026, 1:22 pm
'Tunggang agama' kutip duit berjuta masuk akaun peribadi, SPRM sahkan sedang pantau 3 NGO 'popular'
January 9, 2026, 7:43 pm
