Berita Berita
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
KUALA TERENGGANU 11 Jan - Hasrat murni seorang remaja untuk menjemput adiknya pulang ke sekolah berakhir dengan tragedi apabila dia maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Belukar Sukai, Pengadang Baru, awal pagi tadi.
Remaja berusia 15 tahun itu, Noor Hazimi Noor Hashim, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta sejurus dia selesai mengisi minyak di stesen berhampiran.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.40 pagi itu dipercayai berpunca apabila mangsa gagal mengelak sebuah kereta jenis Perodua Axia yang keluar secara tiba-tiba dari sebuah persimpangan jalan.
Akibat pertembungan kuat tersebut, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga itu tercampak ke atas bumbung kereta berkenaan, manakala motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya turut terbakar di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan menyatakan bahawa siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Difahamkan, ketika insiden itu berlaku, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Makam, Kepong untuk mengambil adiknya, Noor Hasmiea, yang menuntut di tingkatan dua di sekolah yang sama.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, suasana hiba di hospital turut mendapat perhatian kepimpinan pendidikan apabila Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas, bersama Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed, meluangkan masa menyantuni bapa mangsa, Noor Hisham Putih, bagi menzahirkan rasa simpati atas kehilangan tersebut.
Berita berkaitan
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:09 pm
'Wakil rakyat boleh cuba duduk sebelah ladang babi, rasai pengalaman sebenar penduduk' - Sultan Selangor
January 11, 2026, 11:58 am
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
January 11, 2026, 11:37 am
Penumpang tersepit tahan sakit tiga jam, 15 cedera nahas bas ekspres, lori di laluan Sungai Buaya-Rawang
January 11, 2026, 8:07 am
'Enough is enough' - Akmal Saleh gesa wajibkan saringan harta sebelum pelantikan jawatan tinggi
January 10, 2026, 4:20 pm
SPRM sita 23 jam tangan Rolex bernilai RM2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD
January 10, 2026, 2:09 pm
20 pegawai TUDM sah terlibat budaya Yeye', bakal berdepan tindakan tegas
January 10, 2026, 1:22 pm
