Berita Berita
Dua rentung dalam kereta terbakar di Plaza Tol Jitra
JITRA 19 Jan - Suasana awal pagi di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, gempar apabila sebuah kereta terbakar hingga musnah, mengorbankan dua individu yang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.05 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari BBP Jitra digerakkan ke lokasi dan tiba tidak lama kemudian, dengan bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian dan mengarahkan BBP Jitra ke lokasi dengan segera.
"Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta Honda Civid FD dan api ketika itu sedang marak.
"Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan terdapat dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.
"Bagaimanapun, setakat ini identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Noor Azhar, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dijalankan bagi mengeluarkan mangsa.
Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Berita berkaitan
June 28, 2026, 8:14 am
Siasat buku 'Wanita Syurga': JAKIM pandang serius dakwaan salah tulis ayat al-Quran
June 27, 2026, 5:47 pm
PRN Johor: Populariti KJ jadi 'game changer', mampu lonjak kempen Onn Hafiz
June 27, 2026, 5:30 pm
'Formula KJ' jadi taruhan Onn Hafiz
June 27, 2026, 12:05 pm
Kerajaan kaji dasar reklamasi air negara demi tampung keperluan pusat data
June 27, 2026, 11:51 am
Onn Hafiz sedia berjuang habis-habisan hadapi saingan dua penjuru di DUN Machap
June 27, 2026, 10:37 am
Proses penamaan calon PRN Johor selesai, tempoh berkempen 14 hari bermula secara rasmi
June 27, 2026, 10:28 am
Dua pelajar maut terperangkap dalam BMW terbakar di Lebuhraya Duke
June 26, 2026, 7:48 pm
Bom lama ditemui di Lapangan Terbang Labuan, operasi tergendala
June 26, 2026, 6:16 pm
