Berita Dunia
21 terkorban tren berkelajuan tinggi bertembung di Madrid
MADRID 19 Jan - Tragedi besar melanda sistem pengangkutan Sepanyol apabila dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung dan tergelincir di selatan negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam kejadian yang disifatkan antara paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam kejadian semalam, sebuah tren dilaporkan terhumban keluar dari landasan sebelum jatuh ke cerun selepas perlanggaran tersebut.
Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente, berkata punca kemalangan masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan angka korban meningkat.
"Sesuatu yang sangat pelik apabila tren tergelincir pada laluan landasan yang lurus. Tambahan pula, bahagian landasan itu telah ditukar baru pada Mei lalu," katanya pada sidang media di Stesen Atocha, Madrid.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku berhampiran Adamuz, di wilayah Cordoba, kira-kira 360 kilometer ke selatan Madrid.
Mangsa kejadian dipindahkan dan menerima rawatan awal di Caseta Municipal di pekan Adamuz sebelum dibawa ke hospital berdekatan.
Ketua Kesihatan Wilayah Andalusia, Antonio Sanz, berkata seramai 18 mangsa cedera telah dipindahkan ke hospital, dengan beberapa daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Televisyen kebangsaan, Television Espanola, melaporkan pemandu salah sebuah tren yang dalam perjalanan dari Madrid ke Huelva antara yang terkorban, selain memaklumkan kira-kira 100 orang cedera dalam kemalangan itu, dengan 25 daripadanya dilaporkan parah. – REUTERS
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
