Berita Dunia
Cuaca buruk, laluan sukar paksa pasukan SAR gantung mayat mangsa nahas ATR 42-500
MAKASSAR 20 Jan - Laluan pendakian yang mencabar, cuaca buruk serta ancaman haiwan liar memaksa pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggantung mayat mangsa nahas pesawat ringan ATR 42-500 pada pokok di lereng Gunung Bulusaraung, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan.
Sehingga Isnin, pasukan SAR berjaya menemukan dua jasad mangsa yang terjatuh di dalam jurang yang agak dalam di kawasan pergunungan berkenaan.
Anggota Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), Ade Irfan berkata, proses pemindahan kedua-dua mayat itu amat mencabar berikutan keadaan muka bumi yang curam serta akses yang terhad.
“Proses pemindahan kedua-dua mayat itu sememangnya mencabar,” katanya pada Selasa.
Menurut beliau, keadaan jasad mangsa dianggarkan sekitar 70 peratus masih utuh, namun terdapat beberapa anggota tubuh yang mengalami patah dan luka akibat impak nahas.
Tambahnya, pasukan SAR terpaksa berundur semula ke pos kawalan induk berikutan cuaca ekstrem yang menjejaskan jarak penglihatan.
“Kabut tebal, hujan lebat serta angin kencang pada hari keempat operasi menyebabkan usaha pencarian lapan lagi mayat mangsa penumpang terpaksa ditangguhkan,” jelasnya.
Operasi SAR dijangka disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca dan tahap keselamatan pasukan di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
