Berita Berita
Ambil perhatian, 12 persimpangan jalan di KL ditutup, dilencongkan mulai esok hingga Selasa depan sempena Thaipusam - Polis
KUALA LUMPUR 29 Jan - Sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula esok hingga Selasa ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam pada Ahad ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata penutupan dan lencongan persimpangan jalan itu akan bermula pada 9 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S. Lee di sini menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.
Beliau berkata laluan terlibat antaranya persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Petaling dan persimpangan Jalan Sultan/Jalan Panggung.
Turut terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah persimpangan Jalan Sultan/Jalan Tun H.S. Lee, persimpangan Jalan Hang Kasturi/Jalan Sultan Mohamed, persimpangan Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi dan persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Sultan Ismail.
"Pergerakan balik bermula pada 2 Februari jam 3 petang dan dijangka tiba pada 3 Februari kira-kira 4 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Mohd Zamzuri menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis trafik yang bertugas.
"Pematuhan arahan adalah penting bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak," katanya.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 4:38 pm
Mahkamah Tinggi arah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000 kepada Farhash
January 29, 2026, 4:33 pm
Sekolah agama JAIS diselaras dengan dasar pendidikan kebangsaan
January 29, 2026, 4:21 pm
Kepercayaan rakyat terhadap ATM perlu dibina melalui integriti, bukan hanya slogan – Anwar
January 29, 2026, 3:15 pm
Deretan kedai di Taman Medan musnah dalam kebakaran
January 29, 2026, 3:02 pm
Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ikut lunas perlembagaan, tidak sama isu Sulu
January 29, 2026, 2:54 pm
Sindiket dadah bertukar 'homestay' bungkus dadah, polis rampas 261kg bernilai RM 13 juta di Sentul
January 29, 2026, 2:09 pm
MyKad baharu boleh jejak rekod pembelian minyak masak bersubsidi mulai 1 Jun - Armizan
January 29, 2026, 1:48 pm
