Berita Berita
Sekolah agama JAIS diselaras dengan dasar pendidikan kebangsaan
SHAH ALAM 29 Jan – Sistem pendidikan sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan diselaraskan dengan dasar baharu pendidikan kebangsaan susulan pelaksanaan kemasukan murid Tahun Satu bermula pada usia enam tahun, bermula tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh setahun akan digunakan bagi memastikan proses pelarasan itu berjalan lancar tanpa menimbulkan kekeliruan atau pertindihan sistem pendidikan.
“Kita tidak mahu wujud dua atau tiga sistem berbeza dalam satu negara. Justeru, penyelarasan dengan Kementerian Pendidikan perlu dilakukan supaya tidak memberi kesan negatif kepada pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.
Menurut Amirudin, antara cabaran utama pelaksanaan dasar itu adalah memastikan jumlah tenaga pengajar mencukupi serta memenuhi kelayakan ditetapkan, termasuk keperluan mengikuti kursus khas bagi membolehkan mereka mengajar murid Tahun Satu berusia enam tahun.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 4:38 pm
Mahkamah Tinggi arah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000 kepada Farhash
January 29, 2026, 4:21 pm
Kepercayaan rakyat terhadap ATM perlu dibina melalui integriti, bukan hanya slogan – Anwar
January 29, 2026, 3:15 pm
Deretan kedai di Taman Medan musnah dalam kebakaran
January 29, 2026, 3:02 pm
Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ikut lunas perlembagaan, tidak sama isu Sulu
January 29, 2026, 2:54 pm
Sindiket dadah bertukar 'homestay' bungkus dadah, polis rampas 261kg bernilai RM 13 juta di Sentul
January 29, 2026, 2:09 pm
MyKad baharu boleh jejak rekod pembelian minyak masak bersubsidi mulai 1 Jun - Armizan
January 29, 2026, 1:48 pm
