Berita Dunia
Tony Jaa bertarung nyawa: Hidap kanser tahap
KUALA LUMPUR 5 Feb - Bintang aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan intensif selepas disahkan menghidap kanser pundi hempedu sejak Jun 2024, sekali gus mengejutkan peminat di seluruh dunia.
Menurut laporan media Thailand, pelakon filem aksi ikonik Ong Bak itu pada awalnya mengalami sakit perut berpanjangan dan simptom jaundis, sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan penyakit berkenaan.
Sumber terdekat memaklumkan, kanser yang dikesan berada pada tahap tiga dan hampir memasuki tahap empat, namun perkembangan rawatan setakat ini menunjukkan tindak balas positif hasil pembedahan serta rawatan kemoterapi yang dijalani.
Laporan Channel 3 menyatakan keadaan Tony Jaa kini lebih stabil, namun masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan bagi memastikan rawatan berjalan lancar.
Kebimbangan peminat mula tercetus selepas aktor berusia 50 tahun itu kelihatan semakin susut dan kurus dalam beberapa hantaran di media sosial, walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai penyakitnya dibuat di laman Facebook rasmi beliau.
Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari lalu, Tony Jaa hanya berkongsi mengenai penggambaran video muzik terbaharunya berjudul One More Round, tanpa menyentuh mengenai keadaan kesihatannya.
Tony Jaa atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 minggu ini, dikenali sebagai legenda Muay Thai di layar perak dan pernah menembusi industri filem Hong Kong serta Hollywood.
Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga aktor berkenaan sentiasa berada di sisinya, manakala Tony Jaa kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada rawatan dan proses pemulihan.
Ruangan media sosial pelakon itu turut dibanjiri ucapan doa dan sokongan daripada peminat dari seluruh dunia, yang berharap legenda aksi tersebut kembali pulih dan bangkit semula.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 3:08 pm
China laksana hukuman mati terhadap 11 anggota sindiket scammer Myanmar
January 29, 2026, 9:10 am
Tanah runtuh Bandung Barat: 53 mayat ditemukan, operasi SAR masuk hari kelima
January 23, 2026, 12:04 pm
AS secara rasmi keluar WHO selepas 80 tahun, henti semua pembiayaan
January 21, 2026, 1:27 pm
Pesawat Air Force One ke Davos dinaiki Trump terpaksa berpatah balik
January 20, 2026, 3:36 pm
Cuaca buruk, laluan sukar paksa pasukan SAR gantung mayat mangsa nahas ATR 42-500
January 19, 2026, 9:43 am
21 terkorban tren berkelajuan tinggi bertembung di Madrid
January 9, 2026, 10:22 pm
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan sebagai suspek rasuah kuota haji
January 6, 2026, 11:08 am
Maduro mengaku tak bersalah di Mahkamah New York, dakwa diculik tentera AS
January 6, 2026, 10:44 am
