TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Tahan, humban mereka yang gugat keselamatan negara' - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

GOMBAK 7 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras bahawa tindakan maksimum akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu keselamatan negara, khususnya ketika Malaysia menerima kehadiran tetamu negara.

Anwar berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tegas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada mesyuarat Kabinet semalam selain menyampaikan pendirian sama kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

"Nak bagi pandangan dan kritikan, boleh. Di negara ini bebas tapi kalau kamu ganggu gugat keselamatan negara dan cuba khianati, persulitkan keadaan ketika ada tamu negara kita, percayalah, saya akan ambil tindakan maksimum, tangkap dan humbankan mereka.

Beliau mengingatkan agar isu sensitif tidak dieksploitasi sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum Melayu, Cina dan India, sambil menegaskan keselamatan negara tidak boleh dikompromi atas apa jua alasan.

Anwar turut memberi amaran kepada peserta perhimpunan supaya tidak melampaui batas dan bertindak seolah-olah mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan undang-undang.

"Jangan hasut sampai benci satu sama lain. Jangan langgar prinsip undang-undang. Kamu bukan hakim atau ketua polis. Kamu nak ambil alih tugas ketua polis, kami tangkap dan humban kamu.

"Percayalah, nak cuba, cuba hari ini dan tengok," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Selangor di sini, hari ini.

Terdahulu, polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa perhimpunan berhampiran kompleks beli-belah Sogo tidak dibenarkan diteruskan atas faktor keselamatan awam, walaupun penganjur dilaporkan bertegas untuk meneruskannya.

Perhimpunan berkenaan dianjurkan oleh gabungan pertubuhan yang diterajui pendakwah Zamri Vinoth, dengan tujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang didakwa “haram”.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi pendiriannya bahawa beliau menentang pembinaan mana-mana rumah ibadat secara tidak sah, sambil menegaskan semua rumah ibadat termasuk kuil, masjid dan gereja tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sama.

"Jika kita melanggar peraturan, hasilnya hanyalah kebencian dan masalah tidak akan dapat diselesaikan," katanya.

+ - reset