Berita Berita
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
KUALA LUMPUR 6 Feb – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyindir Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang didakwa seolah-olah menggunakan ilmu kasyaf dalam mempertikaikan kajian berkaitan cadangan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menurut Nik Nazmi, kajian yang sedang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu masih belum siap, namun Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengetahui keputusan kajian berkenaan.
“Begitu sekali universiti Islam dipandang rendah. Kajian belum siap lagi, tetapi Setiausaha parti Islam sudah guna ilmu kasyaf, tahu hasil kajian dan siap mampu mempertikaikannya,” katanya secara sinis menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Sindiran itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Takiyuddin sebelum ini yang mempertikaikan pemilihan UIAM sebagai institusi yang menjalankan kajian berkaitan cadangan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Media sebelum ini melaporkan Takiyuddin mempersoalkan asas pemilihan UIAM, dengan mendakwa terdapat universiti lain yang dilihat mempunyai kepakaran lebih sesuai untuk melaksanakan kajian berkenaan.
Beliau turut menyatakan PN mahu penjelasan berhubung justifikasi pelantikan UIAM dalam kajian tersebut, memandangkan isu itu melibatkan dasar penting berkaitan tadbir urus ibu negara.
Sebagai rekod, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kasyaf membawa maksud penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.
Sindiran Nik Nazmi itu sekali gus mencetuskan perdebatan baharu di media sosial berhubung kebebasan akademik, peranan universiti serta campur tangan politik dalam kajian dasar awam.
Berita berkaitan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
Pengerusi IJM ditahan SPRM, siasatan babit tadbir urus dan aset luar negara RM2.5 bilion
February 6, 2026, 3:13 pm
Tun Mahathir dibenar pulang ke rumah selepas sebulan dirawat di IJN
February 6, 2026, 3:07 pm
