Berita Berita
Kelantan jangka masalah air selesai menjelang 2050
GUA MUSANG 7 Feb – Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan bekalan air yang lebih stabil dan menyeluruh apabila kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air di negeri ini menjelang 2050.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, hanya 72 peratus rakyat di Kelantan ketika ini dapat menikmati air terawat dan berkualiti.
“Bagi mencapai sasaran 100 peratus pengguna, kita perlu menyediakan kuantiti dan punca air mencukupi. Justeru, kita kempen kepada semua rakyat untuk menggunakan air yang terawat.
“Kita menjangkakan bekalan air mencukupi dengan kualiti yang lebih baik menjelang 2025,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak di sini hari ini.
Izani memberitahu, setakat ini, projek di bawah syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) masih lagi di dalam landasan (on track) dengan merujuk kepada perancangan dan tempoh penyiapan projek yang telah dirancang.
Katanya, terdapat enam projek LRA dalam proses pembinaan bagi menampung kapasiti air.
Berita berkaitan
February 7, 2026, 2:47 pm
'Tahan, humban mereka yang gugat keselamatan negara' - Anwar
February 7, 2026, 11:16 am
Polis tidak benarkan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di Sogo atas faktor keselamatan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
