Berita Berita
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
KUALA LUMPUR 6 Feb - Jaringan pengedaran dadah yang menjadikan laluan dari Kelantan ke Lembah Klang sebagai rantaian bekalan utama berjaya dileraikan polis menerusi Op Allograpta, sekali gus membawa kepada rampasan dadah bernilai RM13.25 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan operasi berkenaan membuktikan keberkesanan risikan serta strategi pihak polis dalam mengekang aktiviti pengedaran dadah rentas negeri.
“JSJN tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit atau pasaran dadah. Operasi ini jelas menunjukkan tiada ruang selamat buat penjenayah narkotik,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Myvi di kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah, Bentong, Pahang kira-kira jam 10.50 malam pada 30 Januari 2026.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar dadah yang dibawa dari Kelantan untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.
“Hasil risikan susulan, polis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah Honda HRV yang diletakkan di kawasan sekitar Jalan Kuchai Lama, Brickfields dan menemukan 255 bungkusan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 265 kilogram.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM13.25 juta dan siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif sejak 2024,” katanya.
Hussein berkata, suspek pertama dikenal pasti sebagai ketua sindiket, manakala dua lagi bertindak sebagai transporter.
Menurut beliau, kumpulan itu menggunakan modus operandi menyewa kenderaan dan meninggalkannya di lokasi tertentu sebelum diambil oleh ahli lain tanpa pertemuan bersemuka bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Katanya, ketiga-tiga suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Berita berkaitan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
Pengerusi IJM ditahan SPRM, siasatan babit tadbir urus dan aset luar negara RM2.5 bilion
February 6, 2026, 3:13 pm
Tun Mahathir dibenar pulang ke rumah selepas sebulan dirawat di IJN
February 6, 2026, 3:07 pm
