TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rempuhan maut di lebuh raya, dua nyawa terkorban dalam nahas awal pagi

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 11 Feb - Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, penunggang motosikal berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pembonceng berusia 24 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis AX200S yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Melaka.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang berada di lorong kiri dipercayai hilang kawalan sebelum gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori rigid jenis Hino yang berhenti di lorong kecemasan akibat masalah kerosakan enjin.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala pembonceng meninggal dunia ketika dirawat di zon merah HTJ.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6032222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

+ - reset