Berita Berita
PDRM tawar ganjaran, diskaun saman untuk pelapor kesalahan jalan raya
KUALA LUMPUR 11 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan pemberian diskaun saman trafik kepada orang ramai yang aktif menyalurkan maklumat berhubung kesalahan lalu lintas sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
Menerusi infografik yang dimuat naik di Facebook rasmi PDRM, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mencadangkan pemberian ganjaran atau merit kepada individu yang tampil sebagai pelapor kesalahan trafik.
Antara cadangan ganjaran tersebut ialah diskaun saman trafik kepada mereka yang aktif melaporkan kesalahan, selain pemberian mata merit atau insentif tertentu kepada pelapor.
Menurut PDRM, langkah itu bertujuan menggalakkan penglibatan orang awam sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
“Pengiktirafan rasmi sebagai pemberi maklumat kepada pihak berkuasa juga dicadangkan sebagai salah satu bentuk ganjaran,” menurut kenyataan pada infografik berkenaan.
Cadangan tersebut dikemukakan susulan saranan mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ pada kenderaan pengguna jalan raya.
Infografik tersebut turut menerangkan kelebihan memasang alat papan pemuka (dashcam) kerana ia dilihat mampu menyediakan rakaman sebagai bukti sah bagi membantu siasatan kemalangan dan kes langgar lari, selain mempercepatkan proses mengenal pasti pesalah.
Dalam masa sama, PDRM berpandangan pemasangan peranti itu berpotensi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya kerana pemandu lebih berhati-hati apabila mengetahui setiap pergerakan dirakam.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk menyatakan pandangan berhubung cadangan ganjaran tersebut di ruangan komen media sosial PDRM.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 8:29 pm
Penjawat awam Pahang pulang awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan
February 11, 2026, 8:23 pm
Tragedi tiga beradik di Kajang, polis tahan ibu bapa
February 11, 2026, 8:14 pm
MIC, Malaysia Hindu Sangam tubuh jawatankuasa tangani isu rumah ibadat tanpa kebenaran
February 11, 2026, 8:09 pm
DAP desak siasatan bebas terhadap Azam Baki isu pemilikan saham
February 11, 2026, 8:01 pm
Saya tidak terima arahan Perdana Menteri dalam siasatan SPRM - Azam Baki
February 11, 2026, 6:37 pm
Budak 11 tahun maut, dua lagi kritikal dipercayai diberi minum methadone oleh ibu kandung di Kajang
February 11, 2026, 4:35 pm
Doktor pelatih miang ditahan rakam perempuan mandi dalam bilik air di hospital di Kelantan
February 11, 2026, 3:58 pm
