TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjawat awam Pahang pulang awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 11 Feb – Penjawat awam negeri Pahang diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan apabila waktu bekerja ditetapkan sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelarasan waktu bekerja sepanjang Ramadan.

Menurutnya, waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada setiap Jumaat sepanjang bulan berkenaan akan bermula selewat-lewatnya pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

“Ketetapan ini adalah selaras dengan titah Tuanku berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 16 Januari 2026.

“Tempoh pelaksanaannya adalah bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memahami kepentingan Ramadan sebagai bulan ibadah dan penghayatan rohani, justeru pelarasan waktu bekerja itu dilaksanakan bagi memberi keseimbangan antara tuntutan tugas dan keperluan beribadah.

Beliau yakin seluruh penjawat awam negeri akan terus mengekalkan tahap profesionalisme, integriti serta komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang tempoh tersebut.

+ - reset