TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Qualitas Sukuk raih pengiktirafan tertinggi RAM, terbitan RM2.5 bilion terima penarafan kukuh

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 Feb - Qualitas Sukuk Berhad menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan RAM Blueprint Awards 2025 sempena Majlis Anugerah Liga RAM ke-23 (23rd Annual RAM League Awards) atas kejayaan penerbitan program sukuk bernilai RM2.5 bilion yang menerima penarafan kukuh daripada RAM Ratings.

Ketua Pegawai Eksekutif RAM Ratings, Julie Ng memaklumkan bahawa pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai kejayaan penerbitan Program Nota Jangka Sederhana Islam Kanan (Senior Islamic Medium-Term Notes Programme) serta Program Nota Islam Kekal Subordinat (Subordinated Perpetual Islamic Notes Programme).

Menurut beliau, kedua-dua program berkenaan masing-masing menerima penarafan awal AA3(s)/Stabil dan A2(s)/Stabil, sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran terhadap kedudukan kewangan serta prospek syarikat.

“Bagi pihak RAM Ratings, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Qualitas Sukuk Berhad  menerima RAM Blueprint Awards 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan penerbitan berpenarafan RAM tersebut,” katanya.

Anugerah Liga RAM merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam pasaran bon dan sukuk Malaysia, yang meraikan pencapaian cemerlang serta sumbangan signifikan pemain industri dalam memperkukuh ekosistem pasaran modal tempatan.

Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung hari ini turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Qualitas Medical Limited, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack, bersama wakil syarikat untuk menghadiri majlis berkenaan.

Pengiktirafan itu dilihat sebagai satu lagi pencapaian penting buat Qualitas Sukuk Berhad dalam memperkukuh kedudukannya dalam pasaran sukuk domestik, selain mencerminkan tahap keyakinan pelabur terhadap struktur pembiayaan dan profil kredit syarikat. - Media Telus

+ - reset