TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tragedi tiga beradik di Kajang, polis tahan ibu bapa

By
|
Kongsi
image

KAJANG 11 Feb - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pegawai perubatan hospital berkenaan pada jam 9.01 pagi mengenai tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dihantar ke Jabatan Kecemasan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 10 dan lima tahun sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita turut menahan ibu dan bapa mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 44 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Razlan Arif di talian 016-4730452 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89258222.

+ - reset